Blog Faisal Isa

Hidup Ini Satu Pengembaraan Yang Indah!

Antara Anyer Dan Jakarta

Wokeh.. Memandangkan blog ini kurang pengunjung jadi saya pun ingin mencatatkannya sebagai diari seorang lelaki.. ;)

Selepas pelancaran CBMalaysia.Com bulan lepas ataupun lebih dikenali sebagai Kenduri Clickbank di Malaysia (ala-ala Firesales), ramai yang tertanya-tanya mengapa Fai yang merupakan seorang copywriter tapi telah beralih arah kepada niche Clickbank pula? Adakah cinta beralih arah? Adakah Fai ingin menjadi “Raja Clickbank”?

Sebenarnya tidak.. Saya tidak pun beralih arah.. Saya adalah seorang copywriter yang betul-betul komited dengan kerjaya ini.. Malahan Site RMCopy.Com versi 2.0 juga bakal dilancarkan nanti.. Akan tetapi walaupun saya seorang copywriter dan internet marketer, saya ada satu kekurangan sedikit iaitu saya lack dalam marketing.. Walaupun begitu, saya berjaya atasinya dengan kelebihan saya memanipulasikan idea kreatif dan leverage dalam perniagaan saya..

Tapi, sampai bila saya ingin melihat kekurangan itu terus menguasai saya? Adakah sampai bila-bila pun saya ingin mengakui bahawa saya lack in marketing?

Jadi selepas menyedarinya, saya ambil keputusan untuk menguasai marketing untuk masa depan saya juga.. Dan cara yang terbaik ialah kembali ke tempat permulaan saya sebagai newbie di pasaran luar.. Sebagai newbie, saya memilih satu bidang dalam internet marketing ini iaitu affiliate marketer.. Saya start from zero untuk pelajari semuanya dan akhirnya saya kembali mantap dalam marketing.. PPC, PR, Artikel Marketing dan sebagainya kini saya akan gunakannya dalam bisnes saya..

Mengapa saya memilih Clickbank?

Sebelum ini, saya banyak juga mendengar kejayaan mereka dalam Clickbank ini jadi apa salahnya saya mencuba step by step jadi super affiliate Clickbank ini.. Kesimpulannya dengan belajar bagaimana menjadi super affiliate ini, saya dapat menguasai dan memperbaiki kelemahan marketing saya 100%.. ;)

Jadi apa kaitan dengan CBMalaysia.Com?

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, CBMalaysia itu merupakan Firesales.. Produk-produk inilah yang saya gunakan untuk mengukuhkan strategi marketing saya dalam promosi affiliate.. Saya menggelarkannya sebagai kenduri Clickbank kerana saya menjualkan lebih 100 produk MRR yang saya gunakan khusus untuk mempelajari cara menjadi super affiliate Clickbank ini.. Saya tidak akan menulis ebook Clickbank dalam BM.. Tapi akan tiba masanya saya akan buka satu private training satu masa nanti..

Berkenaan dengan berapa saya dapat dan mana bukti cek tu saya fikir tidak perlu saya beritahu dan tunjukkan kerana saya bukan menjual produk buat duit milik saya.. Cukuplah dikatakan ia merupakan satu pasif income saya di internet selain adsense (alhamdulillah.. baru mula tapi dah berhasil).. Harap jangan ada lagi yang bertanyakan mengenainya.. ;)

Fai seorang pencari kerja??

Ya, ia agak mengejutkan kerana setelah sekian lama akhirnya saya merupakan seorang pencari kerja kembali.. Saya sekarang proses menghantar banyak resume kepada banyak juga syarikat swasta dan jawatan yang duduk dalam office yang ada aircond.. hehe.. Tujuannya bukan ingin mencari kerja tetap tapi saya ingin belajar selok belok syarikat swasta dari segi pemsaran, sumber manusia dan sebagainya.. Pendek kata sama seperti latihan industri la.. Pengalaman ini sangat best.. :)

Full Throttle Fai??

Dari segi copywriting, selain RMCopy.com saya juga sekarang merupakan copywriter bebas yang menawarkan perkhidmatan copywriting dalam bahasa Inggeris ke market luar negara.. Ya, minggu lepas saya dapat panggilan dari luar negara dari Assistant Sifu.. Dan ini telah membuka mata saya untuk memasarkan perkhidmatan saya ke pasaran antarabangsa..

Oklah, sampai sini dulu diari seorang lelaki.. Jumpa lagi..

“Kita Jumpa di puncak kejayaan”

-Fai-

PS: Lirik dibawah Dituju khas untuk seseorang yang rapat dengan saya dulu.. :)

Tinggi-tinggi kelapa bali.. Walaupun tinggi kental berdiri..Tidak pernah lupa diri.. Tidak pernah megah diri.. Mencengkam akar di bumi

Rimbun-rimbun pohon dedalu.. Tinggi di atas sombongkan diri.. Pandang langit lupa bumi.. Menumpang menunggu mati..

Cara Kekalkan Momentum Semangat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Adakah anda bersemangat pada hari ini? Jika ya, ia sesuatu yang bagus untuk perjalanan hidup anda seharian.. Jika kita bersemangat, segala urusan akan dapat diselesaikan dengan mudah.. ;)

Akan tetapi mampukah anda mengekalkan momentum semangat tersebut bermula daripada membuka mata bangun tidur pada pagi hari hingga menutup mata pada malam hari (err.. bukan lagu nyanyian Acha yer)? Adakah ia kekal bertahan ataupun makin merudum mengikut mooooooood?

Yer.. Sudah tentunya corak momentum kita seharian berlainan antara satu sama lain.. Ada yang semangat berkobar-kobar pada siang hari tetapi bila balik kerja semangat agak rendah kerana tension jam teruk masa balik kerja.. Ada pula yang tidak bersemangat pada siang hari tetapi bila balik kerja fuh semangatnya berkobar-kobar kerana waktu launch tadi terserempak dengan awek cun yang bekerja di syarikat anda tetapi di department lain.. Hehe.. Macam-macam.. :lol:

Persoalannya bagaimanakah untuk kita kekalkan momentum semangat dari bangun tidur sehingga anda menutup mata untuk tidur? Err.. Sehinggakan tidur pun kita akan tersenyum.. Hehe..

Ok.. Secara peribadi, terdapat banyak cara untuk kekalkan momentum tersebut.. Akan tetapi saya sering menggunakan 3 cara berikut untuk kekal bersemangat tanpa power root.. :P

Cara Pertama : Buku Semangat

Buku semangat yang saya maksudkan ini bukanlah seperti diari mahupun buku catatan sewaktu perhimpunan di sekolah. Ia juga bukanlah buku-buku motivasi yang kita beli di kedai buku MPH dan sebagainya. Akan tetapi ia merupakan sebuah buku biasa-biasa sahaja tetapi kandungan dalam buku ini sangat istimewa. :)

Ya, jika anda menonton the secret ada diceritakan mengenai vision board.. Buku semangat ini ala-ala vision board.. Anda menulis mengenai target anda, cita-cita anda dan perkara yang menggembirakan anda dalam buku tersebut.. Selitkan sekali nota-nota yang membangkitkan keghairahan anda dan semangat setiap hari seperti kejayaan para jutawan dan sebagainya.. Setiap kali selepas anda membaca buku semangat ini, lafazkan dengan yakin bahawa “Saya Adalah Seorang Yang Hebat!”

Untuk membuat buku semangat ini, anda memerlukan sebuah buku untuk anda menulis (saiz dan corak buku bergantung kepada anda dimana jika anda seorang yang sibuk bekerja dan malas nak bawa buku besar, maka anda boleh buat dalam buku kecil sahaja).. Seterusnya anda hanya perlu menulis target anda, matlamat anda, pengalaman manis anda, gambar kekasih anda disertai dengan target bila anda ingin mengahwininya :lol: , gambar-gambar kereta dan barang yang anda impikan dan kalau nak lebih dasyat lagi print screenshot pendapatan IM yang juta-juta luar negara sana dan masukkan dalam buku semangat sekali.. :)

Saya yakin anda pasti bersemangat setiap hari.. :)

Cara Kedua : Baca Manga Kesukaan

Mungkin cara ini agak kurang berkesan bagi sesetengah orang kerana ada yang menganggap ia hanya membuang masa dan boleh melalaikan mereka. Tetapi bagi saya ia merupakan satu cara yang sangat berkesan setiap hari.. Ia bergantung kepada manga yang anda pilih..

Persoalannya apakah manga kegemaran saya yang mampu menaikkan motivasi saya? Adakah Naruto merupakan manga yang menaikkan semangat saya?

Owh tidak sama sekali.. Naruto memang manga kegemaran saya tetapi saya tidak membacanya setiap hari kerana ia penuh dengan kesedihan (tambah Jiraya dan Itachi dah mati).. Saya hanya membaca Naruto sekali seminggu waktu chapter terbaru keluar.. Saya hanya membaca 1 manga ini setiap hari (waktu pagi dan malam) untuk menaikkan semangat saya..

Manga tersebut ialah manga Captain Tsubasa yang mengisahkan mengenai seorang budak yang bernama Oozora Tsubasa yang amat menggemari bola sepak dan berhasrat untuk membawa Jepun memenangi Piala Dunia.. Cerita dalam manga ini memang memberikan inspirasi untuk saya.. Kisah budak ini dari kecil hinggalah beliau menjadi pemain bola sepak profesional di Brazil (Sao Paolo FC) dan kini di Barcelona FC setelah memenangi 2 kejohanan dunia bersama Japan.. :)

Mungkin ada yang cakap ia tidak realistik dan sebagainya tapi percayalah manga inilah yang dapat kembalikan semangat dan keyakinan diri saya setiap hari.. :)

Cara Ketiga : Baca SalesLetter & Screenshot Yang Menghairahkan

Ok, anda kenal saya sebagai copywriter dan IM tapi di sini saya akan bercakap seperti anda semua iaitu dalam keadaan saya seorang pencari duit online.. Hampir setiap hari ada sahaja tawaran daripada IM luar negara yang menghairahkan.. Disertai dengan kejayaan mereka yang membuat ratusan ribu usd sebulan.. :)

Apa yang saya lakukan ialah saya pergi ke setiap laman web tersebut dan save gambar screenshot serta kisah kejayaan mereka buat duit dengan internet.. Seterusnya saya akan buka photoshop dan blendkan semua screenshot  tersebut menjadi sebuah wallpaper yang terindah. Ia amat memotivasikan saya setiap hari kerana saya fulltime mengadap laptop, ini bermakna setiap kali saya akan melihat wallpaper tersebut.. :)

Saya sangat suka membuat perkara ini hampir setiap hari.. Hehe.. ;)

Selain itu, kerap sms mengenai target dan matlamat kepada orang lain (terutamanya kekasih) juga menjadikan seseorang itu lebih bersemangat disamping membaca buku-buku motivasi dan berkunjung ke blog berkenaan dengan minda, kekayaan dan kejayaan..

Saya yakin anda juga mempunyai cara yang tersendiri untuk kekalkan momentum semangat anda masing-masing.. Ini kerana Anda Adalah Kejayaan Anda dan Kejayaan Anda Adalah Milik Anda! :)

Jumpa lagi dalam post yang lain..

“Kita Jumpa di puncak kejayaan”

-Faisal Isa-

Undi Tidak Percaya Kepada Fai?

Ya.. Ya.. Setelah hampir 4 hari saya menulis post yang lepas, ada beberapa kritikan dan kutukan tidak berpuas hati dan tidak percaya bahawa saya mampu melakukannya.. Malah ada juga yang mengatakan bahawa kalau tidak kerja, mana mungkin duit datang sendiri.. Ada yang cakap bahawa saya cuma bermimpi.. :)

Apa pula pandangan saya terhadap teguran ini? Adakah saya marah, putus asa, patah semangat, jiwa kacau, haru biru dan sebagainya?

Of coz tidak! Saya gembira apa juga yang saya lakukan.. :)

Jika anda tidak mempercayai orang lain mampu melakukannya, Percayalah ia sebenarnya adalah kerana keraguan serta ketidakpercayaan anda terhadap diri anda untuk melakukan perkara tersebut. Atau dalam kata lain ialah anda pengecut!

Huhu.. Mendalam maksudnya tu.. Tapi hakikatnya ia benar.. Contohnya di sini jika anda tidak percaya diri anda untuk membuat duit dengan internet di pasaran luar, sudah semestinya jika rakan-rakan anda memberitahu hasrat mereka untuk jual ebook di pasaran luar negara anda akan katakan ia adalah mustahil untuk berjaya!

Bak kata T.Harv Eker,

How you do anything is how you do everything!

Dan dengan beraninya saya memperkatakan bahawa saya yakin dan percaya dengan sepenuhnya bahawa seorang jutawan internet muda dari Malaysia bakal dilahirkan kerana saya telah melihat keajaiban bagaimana seseorang newbie boleh mendapat USD1juta didepan mata saya sendiri. :)

Apa-apapun, sekadar cakap saja tidak berguna kerana kata-kata tidak boleh membuktikan apa-apa.. Cuma kejayaan yang dapat membuktikan segala-galanya.. Jadi saya akan membuktikan bahawa ramalan pada post sebelum ini menjadi nyata..

Jumpa lagi dalam post akan datang..

Kita berjumpa di puncak kejayaan!

-Faisal Isa-

PS: Baru terima CD InfoMillion daripada Abg Zamri Nanyan.. Tengah khusyuk mendengarnya ni dan mempelajarinya.. ;)

PPS: Opps.. Saya belum lagi Jutawan tetapi sorang bakal jutawan.. Anda juga begitu JIKA anda mempercayainya.. ;)

Ramalanku Benar Belaka!

Wah.. Tajuk macam lagu kumpulan Umbrella je.. Lirik lagunya lebih kurang macam ni “Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama…..”

Ewah.. Ewah.. Jiwangnya Fai ni yer.. ;)

Ok, ok.. Sebenarnya post ini tiada kaitan dengan mana-mana lagu pun.. Ia berkaitan dengan ramalan saya terhadap masa depan saya.. Ya, walaupun ia hanya ramalan tetapi bagi saya ia sebuah ramalan yang benar dan saya amat mempercayainya..

  • Diramalkan Menjelang 31 Ogos 2008, saya tidak akan bekerja secara online pada siang hari lagi.. Kerana semuanya akan dilakukan pada malam hari (mulai Jam 12malam hingga 4 pagi)..

Ya, ini bermakna anda akan jarang melihat saya online pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lagi sama seperti tahun lepas.. Insya-Allah.. Saya hampir membuktikan bahawa MITOS orang yang berjaya dalam perniagaan internet hanya memerlukan kurang 16jam seminggu untuk bekerja bukanlah lagi sebuah Mitos..

Mengenai saya hanya memperuntukkan 4 jam sehari pula adalah kerana saya yakin bahawa sistem yang saya bina dan bangunkan untuk online bisnes, clickbank dan adsense saya ini mampu menjadikannya autopilot.. Dan 2 jam ini akan digunakan untuk memantau dan menggiatkan usaha marketing.. Lagi 2 jam akan saya gunakan untuk copywriting.. :)

  • Diramalkan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir saya akan berpuasa bersama keluarga saya sepanjang bulan Ramadhan.

Ya, tahun hadapan saya akan berpindah.. Dan semestinya saya akan berpuasa bersendirian dirumah sendiri dan tidak bersama keluarga.. Jika ada pun sekali sekala sahaja.. Dah sampai masanya untuk saya keluar dari zon selesa ini dan berdikari.. Inilah buktinya bahawa IM juga mampu hidup dan survive dalam rumah sendiri.. :)

Err.. Mungkin juga tahun hadapan saya akan mendirikan rumah tangga kot.. Hehe.. :lol:

  • Diramalkan bahawa passive income online saya akan mengatasi working income saya dalam masa terdekat ini (1bulan).. :)

Ya.. Passive income amat penting dalam kebebasan kewangan selain working income, investment, saving dan simplify.. Jadi setiap hari saya memperuntukkan lebih kurang 2 jam untuk passive income saya.. Ya, saya sangat gumbira sekarang ini ;)

  • Diramalkan bahawa mulai esok 17 Jun 2008 (Selasa), anda akan sukar untuk menghubungi saya tidak kira melalui YM, email mahupun SMS..

Sama seperti email Amirul Faisyal pemilik SistemRahsia.com yang menyatakan bahawa beliau akan mula fokus pasaran luar negara.. Ya, saya juga begitu keutamaan saya dah menjadi 85% Luar dan 15% dalam negara mulai esok.. Mau kumpul duit raya untuk anak saudara saya yang bakal lahir bulan 8 ini.. Yeah.. It’s sink or swim..

Jadi, jika anda mahu menghubungi saya apa-apa hal sms saja ke no HP saya.. Jangan risau, saya akan balas jika saya ada kredit.. :)

Ok, Jumpa lagi di lain waktu.. Kita jumpa dipuncak kejayaan :)

-Faisal Isa-

Mengapa Fai? Mengapa!!!

Jika anda click link atau taip url MohdFaisal.com dan dibawa ke sini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada anda semua.. Ya, ia benar kerana saya telah redirectkan url tersebut ke sini.. Ke subdomain Faisalisa.Com.. :)

Yer.. Mungkin ada yang tanya kepada saya apa sudah jadi dengan domain tersebut.. Mungkin juga ada yang ingin memberikan gelaran kepada saya sebagai “Raja Tukar Blog”.. Mungkin juga ada yang membuat kesimpulan bahawa saya telah menjual MohdFaisal.Com yang pr 2.. Hehe.. Segalanya mungkin.. :)

Baiklah.. Baiklah.. Saya akan jelaskan dengan mudah dan ringkas sahaja..

Sebenarnya setelah saya kembali dari seminar T.Harv Eker, ada satu perkara yang bermain-main difikiran saya iaitu bagaimanakah saya dapat setkan kembali minda saya setelah beberapa hal sedih berlaku pada minggu lepas sebelum pelancaran produk.. Jawapannya ialah saya kena jadikan pemikiran mengenai kejayaan dan kekayaan sebagai tabiat dan kemestian setiap saat.. :)

Jadi, saya ingin mengembalikan MohdFaisal.com sebagai sebuah blog yang memberikan inspirasi kepada saya sendiri dan kepada orang lain.. Tiada lagi negatif thinking dan segala bentuk aspek negatif pada blog MohdFaisal.Com.. Hanya sebuah pemikir yang memberikan sesuatu buah fikiran dan pandangan yang lebih positif.. Akhirnya saya sudah bersedia untuk “meletupkan” setengah tahun kedua 2008 ini dengan kejayaan demi kejayaan dan semestinya kekayaan.. ;)

Berkenaan dengan blog ini pula, saya hanya menulis mengenai berita-berita terkini mengenai diri saya sahaja.. Mengenai bercuti, kerja-kerja dan sebagainya.. Oh! Blog ini hampir sama dengan blog MohdFaisal.Com cuma blog MohdFaisal.com yang baharu takkan jadi seperti blog ini.. Everything about my life and my business here.. :)

Projek Terkini

Mengenai projek terkini pula sekarang ini saya sedang setup kembali biz copywriting saya dari A-Z semula kerana kini saya hanya berseorangan menguruskan bisnes ini.. Ya, jika dulu ada pembantu yang menguruskan tempahan copywriting, sekarang ini beliau dah sambung belajar.. Terima kasih dan good luck kepada beliau kerana banyak bantu saya selama beberapa bulan ini..

Owh ya.. Tawaran menjadi pembantu saya ditutup yer dan tidak dibuka kerana saya ambil keputusan untuk bekerja seorang diri.. Ya, bukan senang nak cari pembantu yang serius memberikan komitmen 100% ke atas urusan ini.. Jadi saya akan menggunakan konsep leverage untuk setiap projek saya lepas ini.. Konsep ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga tetapi juga memaksimumkan keuntungan ke tahap tertinggi..

Selain itu, hidup saya sekarang agak sibuk mencari dan setup passive income saya tersendiri dan lebih daripada satu sumber sama ada online mahupun offline.. Ya, inilah masanya untuk saya setup lebih banyak passive income.. :)

Oklah, jumpa lagi dalam post akan datang..

-Fai-

PS: Tak lama lagi saya ingin punyai sebuah office tersendiri (bukannya SOHO).. :)